Pages

Monday, September 3, 2012

lawak di tengahari :)





disebalik telur ayam & mee rebus



Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: Dik, telur sekilo berapa?

Penjual: Telur ayam atau telur itik?

Pembeli: Telur ayam.

Penjual: Telur ayam biasa atau ayam kampung?

Pembeli: Ayam biasa.

Penjual: Yang tempatan atau yang import?

Pembeli: Yang tempatan.

Penjual: Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: Yang Ipoh lah...(Sambil terlihat kesal).

Penjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?

Pembeli: Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?

Penjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..

hehe..
sumber: facebook
picture: google

ok bye..

~anyo~

Saturday, September 1, 2012

ku titipkan doa ini buatmu wahai ibu..


bismillahirrohmanirrahim..



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Peliharalah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..

-selamat hari lahir mak..
we all L.O.V.E YOU..