Pages

Sunday, April 1, 2012

Free Hana Shalabi & End Administrative Detentions

assalamualaikum..
sepeti dijanjikan aq akan ceritakan sedikit tentang sape itu HANA SHALABI..
ok sape yg dh tau tue..kite share2 bersame yea..

ok time aq g stadium semalam ade 1 petisyen yg dwakilkan dari sukarelawan Aqsa Syarif untuk mengambil seberapa ramai tandatngan tandany memboikot perbuatan kejam Israel..
Petisyen ny berbunyi begini:

Petisyen
United Nations Human Rights Committee (OHCHR)
Kami, rakyat Malaysia yang adil dan penuh perihatin menuntut

Bebaskan Hana Shalabi & Mansuhkan Pemenjaraan Pentadbiran

  Family Hana Shalabi
Kiri: Badia al-Shalabi, ibu kepada banduan mogok lapar Hana Shalabi

Hana Shalabi telah dipenjara tanpa bicara selama 25  bulan di penjara Israel di bawah "Pemenjaraan Pentadbiran". Beliau telah dibebaskan pada bulan Oktober 2011 atas perjanjian pertukaran banduan. Beliau telah di tangkap semula oleh tentera Israel pada 16 Februari 2012 dan beliau telah melancarkan mogok lapar semenjak beliau di tahan. Keadaan beliau sekarang amat membimbangkan. Menurut sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Israel, B'Tselem, penyalahgunaan pemenjaraan pentadbiran telah mencabul garis panduan yang telah di tetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pemenjaraan Pentadbiran membenarkan mana-mana individu di tahan tanpa bicara dan dinafikan hak untuk sebarang proses bicara. Ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes-kes yang luar biasa tetapi pihak Israel telah menggunakannya ke atas ribuan rakyat Palestin. Pencabulan pihak Israel ini adalah sangat-sangat tidak demokratik. Pihak UN dan seluruh dunia patut mengutuk dan mendesak pemerintah Israel menghentikan tindakan mereka dan membebaskan Hana Shalabi dan yang lain-lain yang di penjara tanpa bicara dengan segera.

AQSA SYARIF menyeru seluruh masyarakat dalam negara dan antarabangsa termasuk pejabat UN dsn pihak Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia dan Persatuan Eropah untuk mengambil tindakan segera dan bersama-sama mengenakan tekanan kepada pihak Israel untuk:

1) Benarkan pihak perubatan memeriksa Hana Shalabi
2) Segera bebaskan Hana Shalabi tanpa syarat
3) Mansuhkan penggunaan pemenjaraan pentadbiran ke atas banduan-banduan Palestin
4) Mulakan penyiasatan segera yang serius dan bebas ke atas dakwaan penderaan.


sekian dlu..semoga sedikit ilmu ini dapat kita mengambil tahu dan bertindak untuk saudara-saudara seislam kita di sana..

wasalam...

No comments:

Post a Comment